Jangan diratapi dari kedukaan semalam
Biarkanlah ianya berlalu melangkah pergi
Dari airmata itu terbasuhkah luka-luka
Amat pedih menikam cukup memilukan
Jangan disandar pada sebuah kepalsuan
Kasih diharap sedang cinta dipermainkan
Biarkanlah berlalu dalam lipatan kenangan
Bangkit dan binalah kembali harapan
Bahagia itu menantimu dihadapan
Binalah bahagia itu dari kegagalan
Pujuklah hatimu yang sedang rajuk
Hentikan derita belengu jiwa
Engkau berhak mendapatkan cinta
Kerana cinta Yang Esa tiada nokhtahnya
Cinta kepada pencipta
Cinta hakiki selamanya

Tinggalkan komentar